Minda: Asas pembentukan keluarga bahagia

Dalam kita mengkaji dan meneliti subjek Keluarga Bahagia ini,  banyak rupanya artikel dan tulisan mengenainya yang dihasilkan oleh pakar dan mereka yang arif mengenai Keluarga Bahagia ini.

Di sini dipetik satu artikel yang disiarkan dalam akhbar HARIAN METRO.

“Minda:  Asas pembentukan keluarga bahagia

PEMBENTUKAN bangsa yang kuat banyak bergantung pada institusi keluarga yang kukuh dan tidak berpecah-belah. Jika institusi keluarga semakin rapuh kekuatan bangsa juga turut terancam. Kekuatan sesebuah keluarga mesti diasaskan dengan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri serta hubungan keluarga yang mesra.

Institusi keluarga yang kukuh dan harmoni diasaskan daripada kasih sayang, cinta dan keserasian yang akhirnya disatukan melalui perkahwinan yang sah. Keluarga adalah inti peradaban. Memiliki banyak keluarga menjadikan asas kepada kekuatan bangsa dan keturunan.

Kejayaan sesuatu bangsa yang memiliki peradaban yang cemerlang, asasnya adalah keluarga bahagia dan hidup dalam kesejahteraan.

Islam sangat menitikberatkan asas pembentukan keluarga bahagia dan cemerlang. Pembentukan ini bermula dengan iman, akidah dan ketakwaan di kalangan pasangan suami dan isteri.

Justeru, seorang ayah, ibu, anak dan ahli keluarga akan hidup aman dalam sebuah rumah tangga bahagia. Jurai keturunan keluarga akan menjadi bertambah kukuh apabila lahirnya keturunan yang menjadi kesinambungan sesebuah keluarga.”

Klik di sini untuk membaca sepenuhnya.

FALSAFAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Untuk faedah kita bersama,  dipaparkan di sini satu tulisan dari Portal YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36) 

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir.

Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini.

Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasang-pasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Sila klik di sini untuk mengikut tulisan ini sepenuhnya.

Sumber:   YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH

Mengenai INSTITUSI KEKELUARGAAN

Di sini kami petik dari akhbar online BERITA HARIAN mengenai subjek INSTITUSI KEKELUARGAAN untuk faedah kita bersama.

Institusi keluarga tunjang kesempurnaan 
Oleh Jami’ah Shukri

Mekanisme lebih komprehensif perlu dirangka bagi wujudkan keluarga berdaya tahan 

INSTITUSI kekeluargaan adalah unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara. Sejak wujud zaman ketamadunan manusia pelbagai ranjau duri dilalui oleh sesebuah institusi keluarga mengikut arus perkembangan semasa.

Kini, membangunkan institusi keluarga yang kukuh menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi setiap negara di dunia. Perkembangan sains dan teknologi, globalisasi, peningkatan tahap pendidikan, transformasi struktur ekonomi dan penghijrahan dari luar bandar ke bandar sudah merubah struktur sosiobudaya masyarakat itu sendiri.

Daripada konsep keluarga luas kepada keluarga nuklear yang hanya ibu bapa dan anak tinggal bersama dalam sebuah keluarga, ia menunjukkan trend yang semakin berubah sehingga ramai keluarga terpaksa terdedah kepada risiko dan berisiko tinggi berhadapan pelbagai permasalahan sosial, pendidikan, kesihatan, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.  BERITA HARIAN ONLINE

Sila klik di sini untuk bacaan selanjutnya.

ASAS PENDIDIKAN ANAK

Ibubapa mempunyai tugas utama dan terpenting untuk mendidik anak-anak mereka.  Pengabaian tugas ini dianggapkan sebagai ibubapa yang tidak bertanggungjawab.  Walaupun begitu,  ada ibubapa yang merasakan tanggungjawab ini satu bebanan.  Oleh itu mereka merasa tertekan dan terpaksa memikul tugas ini.   Bebanan ini pula menyebabkan mereka kurang sabar dan ganas apabila mendidik anak-anak.

Kesabaran amat diperlukan dalam pendidikan anak-anak.  Kesabaran itu perlu kerana anak-anak mungkin belum bersedia untuk menerima sesuatu maklumat.  Anak-anak mungkin juga kurang memberi perhatian,  tidak berminat,  cepat lupa atau kurang cerdas.   Oleh itu pendidikan hendaklah diulangi selalu dan diajar berperingkat-peringkat dengan penuh kesabaran.

Keganasan akan menimbulkan kesan yang negatif di jiwa anak-anak.   Pelajaran susah hendak diterima dan tidak pula boleh dikekalkan dalam fikiran mereka.  Oleh itu segala bentuk pendidikan dan pembelajaran haruslah dilakukan dengan lemah lembut tetapi tegas dan dalam suasana tenteram tanpa sebarang ancaman dan rasa takut.

Dalam setiap keluarga,   pendidikan dan pembelajaran tidak pernah berhenti.  Kedua-duanya sentiasa berlaku di dalam segala interaksi di antara ibubapa dan anak-anak.

Oleh yang demikian,  semua tindak-tanduk dan tingkah-laku ibubapa adalah bahan pembelajaran kepada anak-anak.   Jadi,  ibubapa perlu sentiasa berawas supaya tidak menunjukkan tingkah-laku atau sikap yang buruk kerana ini sedang diteladani oleh anak-anaknya.

Tulisan ini akan disambung.

Sumber:           ‘ASAS PENDIDIKAN ANAK’  oleh Dr. Mat Saat Baki,   dalam Siri KELUARGA BAHAGIA,   diterbitkan oleh Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara Malaysia.

MEMAHAMI KELUARGA

Untuk kita mengetahui dan memahami apakah keluarga … maksud,  takrif  dan  difinisinya,  iaitu supaya kita faham secara mendalam peranan kita dan peranan keluarga dalam pembangunan masyarakat dan bangsa,  elok rasanya kita perhatikan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh badan-badan dan para ahli mengenainya.

Kita bentangkan di bawah ini beberapa pandangan mengenai subjek ini:

KELUARGA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darahperkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah “darah” perlu difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan “darah”.

Silang budaya keluarga

Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak, keluarga bersifatorientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walaubagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting.

Klik di sini untuk membaca selanjutnya 

SIAPA ANDA DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA 

Dari YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Secara umum, kita tentu tidak menafikan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat.

Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu?

Klik di sini untuk membaca selanjutnya.

DEFINISI KELUARGA

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang  terdiri atas Kepala Keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Depkes RI, 1998)

Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).

Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumah tangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat (Helvie, 1981).

Klik di sini untuk membaca selanjutnya   

KELUARGA

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta “kulawarga”. Kata kula berarti “ras” dan warga yang berarti “anggota”.   Keluarga adalah lingkungan di mana terdapat beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah.[1]

Keluarga sebagai kelompok sosial terdiri dari sejumlah individu, memiliki hubungan antar individu, terdapat ikatan, kewajiban, tanggung jawab di antara individu tersebut.

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas kepala keluarga dan beberapa orang yang terkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling ketergantungan.

Menurut Salvicion dan Celis (1998) di dalam keluarga terdapat dua atau lebih dari dua pribadi yang tergabung karena hubungan darah, hubungan perkawinan atau pengangkatan, di hidupnya dalam satu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan di dalam perannya masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.

Klik di sini untuk membaca selanjutnya.