Dari akhbar online

Klik pada tajuk akhbar untuk membaca artikel sepenuhnya

Keluarga tunjang kehidupan

Oleh Nor Hatina Shuib  –  2013/05/24

Institusi kekeluargaan adalah unit paling asas dan penting dalam proses pembentukan landskap masyarakat yang harmoni. Fungsi institusi keluarga tidak hanya terbatas sebagai kesinambungan keturunan saja sebaliknya meliputi skop yang begitu luas. Sekiranya institusi keluarga berpecah-belah ia memberi impak terhadap pembangunan sosial dan ekonomi secara secara keseluruhan.

Justeru, banyak perkara perlu diperhalusi termasuk membentuk sikap dan nilai murni yang menjadi tonggak ke arah memantapkan integriti masyarakat.

Tumpuan pembentukan nilai murni seharusnya bermula daripada peringkat awal dan ibu bapa adalah pembimbing yang terbaik bagi menentukan hala tuju sesebuah keluarga.

Cabaran membina keluarga sudah jauh berubah sejajar dengan pemodenan negara. Berjaya atau gagal terletak kepada peneraju dalam rumah tangga.

Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu ke atas 16,000 responden di seluruh negara memperlihatkan institusi kekeluargaan semakin longgar disebabkan pelbagai faktor.

Hasil kajian, mendapati 29 peratus responden menjelaskan mereka jarang dapat makan malam bersama keluarga, manakala 27 peratus tidak mengambil tahu aktiviti dilakukan anak yang keluar pada waktu malam.

Menerusi indeks kajian itu juga mendapati, hubungan antara ibu bapa dengan anak semakin renggang, tidak kisah anak balik lewat dan mengamalkan makan malam bersama keluarga.

Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, berkata hasil kajian menunjukkan masalah dalam institusi keluarga semakin kritikal.    Dari BERITA HARIAN ONLINE

Berita keluarga di akhbar online serantau – 01 Mei 2013

UNTUK BACA BERITA LENGKAP,  KLIK PADA TAJUK AKHBAR 

Peranan Penguatkuasaan Syariah Dalam Membendung Gejala Pembuangan Bayi.

MASALAH gejala sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini semakin popular di kalangan remaja.

Malah bagi tempoh empat bulan pertama tahun 2010, sejumlah 24 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ini menyamai trend membunuh tiga nyawa tidak berdosa bagi setiap dua minggu atau dengan kata lain, wujud 3 pembunuh atau pembuang senyap dalam setiap minggu.

Persoalannya, apakah punca utama masalah ini dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasinya? adakah peruntukan undang-undang berkaitan masih tidak mencukupi dan penguatkuasaannya masih longgar sehingga menyebabkan ‘pembuang senyap’ ini amat berani beraksi tanpa mengambil kira keadaan sekeliling? Atau adakah institusi kekeluargaan kini telah sampai kepada tahap kritikal sehingga keadaan anak perempuan mereka yang hamil ini langsung tidak disedari oleh ibu bapa dan penjaga?   mStar Online

Kebahagiaan Bagi Seluruh Rakyat Indonesia

Pendapatan ekonomi bukan satu-satunya faktor untuk memperoleh kebahagiaan.
26MiskinRichard Branson, pendiri Virgin Group dalam laman Linkedin menanyakan apa yang lebih penting dalam kehidupan manusia. Pertanyaan pertama adalah seberapa bahagiakah Anda? Pertanyaan kedua adalah seberapa besar keuntungan perusahaan Anda?
Bila jawaban Anda yang penting adalah yang kedua, maka menurut Branson Anda belum bahagia. Semua manusia ingin hidup bahagia, namun kita sering tidak tahu, apa sejatinya kebahagiaan itu? Apakah harta benda, mobil bagus, rumah mewah dan harta berlimpah, ataukah ada hal yang lebih berarti daripada itu? Keberhasilan dan uang memang dapat membawa kebahagiaan, tetapi kebahagian itu sendiri adalah sesuatu yang sama sekali berbeda.

Pendapatan ekonomi bukan satu-satunya faktor untuk memperoleh kebahagiaan.
Richard Branson, pendiri Virgin Group dalam laman Linkedin menanyakan apa yang lebih penting dalam kehidupan manusia. Pertanyaan pertama adalah seberapa bahagiakah Anda? Pertanyaan kedua adalah seberapa besar keuntungan perusahaan Anda?   Bila jawaban Anda yang penting adalah yang kedua, maka menurut Branson Anda belum bahagia.   SINAR  HARAPAN NEWS ONLINE   
Aroma ikan bakar
Ikan talapia bakar dicicah air asam yang menjadi resipi turun temurun.

Ikan talapia bakar dicicah air asam yang menjadi resipi turun temurun.

AROMA ikan yang dibakar bersama balutan daun pisang pastinya mampu membuka selera sesiapa sahaja yang terbau akan keharumannya.

Keenakannya bukan sahaja terasa tatkala menikmatinya begitu sahaja tetapi ikan bakar amat sinonim dengan air asam sebagai penyedap rasa.

Bagi mereka yang meminati hidangan ini pastinya lokasi-lokasi seperti Tanjung Harapan, Kelang; Tanjung Lumpur, Kuantan; Umbai Melaka menjadi pilihan untuk menikmati ikan bakar segar.

Kini disebabkan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan peminat-peminat ikan bakar, banyak restoran yang telah menyediakan menu tersebut untuk memudahkan peminat-peminat hidang tersebut untuk menikmatinya tanpa perlu bersusah payah ‘berjalan’ jauh.   UTUSAN ONLINE

Yudi Latief: Kekeluargaan Kunci Persatuan

JAKARTA, KOMPAS.com  1 Juni 2012–Direktur Eksekutif Reform Institute Yudi Latief mengatakan kekeluargaan menjadi kunci utama mempersatukan kemajemukan bangsa Indonesia.

“Politik kenegaraan yang secara tepat guna sanggup mempersatukan kemajemukan Indonesia adalah desain negara kekeluargaan,” kata Yudi Latief pada Konggres Pancasila di MPR Senayan, Kamis.

Konggres Pancasila mengambil tema “Revitalisasi empat pilar kehidupan berbangsa dan bernegara dalam memelihara ke Indonesian kita” akan berlangsung selama dua hari.

Dengan demikian semangat kekeluargaan merupakan cetakan dasar dan karakter ideal keIndonesiaan, Ia bukan saja dasar statis yang mempersatukan, melainkan juga dasar dinamis yang menuntun ke arah mana bangsa ini berjalan.   KOMPAS ONLINE

Pendam rindu keluarga

Azwan (kiri) bernasib baik kerana masih diterima oleh ahli keluarganya

Azwan (kiri) bernasib baik kerana masih diterima oleh ahli keluarganya

KUANTAN – Kerana gelora nafsu, seorang banduan dari Penjara Penor, di sini, terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anaknya.

Azwan (bukan nama sebenar), 38, sudah meringkuk selama lapan tahun di dalam penjara atas kesalahan melakukan serangan seksual dan sepanjang itu juga dia hanya mampu memendam rindu terhadap dua anaknya.
Azwan yang berasal dari Pasir Mas Kelantan berkata, sangat memeritkan apabila terpaksa berpisah dengan ahli keluarga terutama anak-anak, tetapi dia terpaksa mengharunginya dengan tabah.Menurutnya, dia kesal dengan perbuatannya dan bertekad untuk berubah, malah ingin mencari semula anak isterinya sebaik sahaja dibebaskan kelak.   SINAR HARIAN ONLINE   
Tampil realistik
Antara koleksi fesyen kanak-kanak Zara musim bunga/panas.

Antara koleksi fesyen kanak-kanak Zara musim bunga/panas.

Fesyen kanak-kanak ketika ini menjadi perniagaan serius kerana kebanyakan ibu bapa cukup teliti terhadap penampilan anak. Zara antara jenama yang tidak terkecuali hadir dengan rangkaian pakaian penuh gaya khusus untuk kanak-kanak.

Corak geometri menguasai koleksi terbaru sempena musim bunga/panas, manakala warna pula tidak digerakkan sebagai tarikan utama.
Helaian Zara Girls, antaranya kemeja-T ringkas dengan seluar denim bercorak belang, hitam putih atau baju berlapis boleh sarungkan jaket kulit di atas kemeja-T berpotongan besar, jelas memikat.   BERITA HARIAN ONLINE