ABOUT

Kita hidup bermasyarakat … dalam masyarakat.  Ini tidak boleh kita nafikan.  Jika kita lihat pula yang berlaku dan senario yang kita hadapi tiap hari,  banyak pula dapat kita jumpa sifat dan kerenah manusia yang menganggotai masyarakat itu.

Dalam mana-mana masyarakat pula,  kumpulan keluargalah yang menjadi pengisinya.  Umpamanya dalam sesebuah kampung itu,  akan terdapat beberapa keluarga yang menjadi penghuninya.  Besar kampung itu,  maka banyaklah bilangan keluarga di dalamnya.  Kecil kampung maka sedikit pula jumlah keluarganya.

Keluarga pula terdiri dari berbagai bentuk … maksud saya bentuk fizikalnya.  Ada keluarga yang besar yang mempunyai anggota yang ramai,  dan ada keluarga yang hanya terdiri dari suami dan isteri sahaja.  Dari perspektif yang lebih luas keluarga dibahagikan pula kepada kumpulan-kumpulan yang kaya, yang berilmu, yang rajin, yang berinovasi,  yang kuat pegangan agamanya,  yang luas pandangan,  dan seumpanya.

Apa pun keluargalah menjadi asas satu-satu masyarakat itu,  dan seterusnya dari masyarakat akan terbentuklah bangsa.

Ini bermakna bahawa keadaan keluarga dan masyarakat itu,  dapat dengan sendirinya membayangkan keadaan dan suasana satu-satu bangsa itu.

Bercakap mengenai keluarga dan kekeluargaan ini,  amat nyata hari ini iaitu sistem atau institusi keluarga  sangat rapuh … hanya menunggu masa sahaja untuk hancur dan berkecai.  Banyak bijak pandai berpendapat bahawa apa yang berlaku pada keluarga itu pada besarnya banyak dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh luaran.  Dan media memainkan peranan ini.  Tetapi tidak boleh diketepikan juga pengaruh dalaman yang sedia ada.

Dengan keadaan keluarga dan kekeluargaan yang sekarang tidak menentu,  maka itulah kami wujudkan lamanweb / blog ini.  Harapan kami ialah supaya sedikit sebanyak atau secara langsung atau tidak langsung ia dapat memberi input yang berguna dan berfaedah untuk memperkukuh dan memperkasakan lagi institusi keluarga itu.

Kerana,  institusi keluargalah yang akan menentukan nasib bangsa di masa dan zaman akan datang.

One Response to ABOUT

  1. BKB berkata:

    Salam perkenalan. Mohon jika ada kesudian di pihak anda untuk bertukar pautan dengan blog saya. Blog anda telah pun saya letakkan di side bar saya. Harap sangat jika dapat lakukan perkara yang sama buat saya. Terima kasih banyak-banyak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: