Berita keluarga di akhbar online serantau – 01 Mei 2013
Mei 1, 2013 Tinggalkan komen
UNTUK BACA BERITA LENGKAP, KLIK PADA TAJUK AKHBAR
Peranan Penguatkuasaan Syariah Dalam Membendung Gejala Pembuangan Bayi.
MASALAH gejala sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini semakin popular di kalangan remaja.
Malah bagi tempoh empat bulan pertama tahun 2010, sejumlah 24 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ini menyamai trend membunuh tiga nyawa tidak berdosa bagi setiap dua minggu atau dengan kata lain, wujud 3 pembunuh atau pembuang senyap dalam setiap minggu.
Persoalannya, apakah punca utama masalah ini dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasinya? adakah peruntukan undang-undang berkaitan masih tidak mencukupi dan penguatkuasaannya masih longgar sehingga menyebabkan ‘pembuang senyap’ ini amat berani beraksi tanpa mengambil kira keadaan sekeliling? Atau adakah institusi kekeluargaan kini telah sampai kepada tahap kritikal sehingga keadaan anak perempuan mereka yang hamil ini langsung tidak disedari oleh ibu bapa dan penjaga? mStar Online
Kebahagiaan Bagi Seluruh Rakyat Indonesia

AROMA ikan yang dibakar bersama balutan daun pisang pastinya mampu membuka selera sesiapa sahaja yang terbau akan keharumannya.
Keenakannya bukan sahaja terasa tatkala menikmatinya begitu sahaja tetapi ikan bakar amat sinonim dengan air asam sebagai penyedap rasa.
Bagi mereka yang meminati hidangan ini pastinya lokasi-lokasi seperti Tanjung Harapan, Kelang; Tanjung Lumpur, Kuantan; Umbai Melaka menjadi pilihan untuk menikmati ikan bakar segar.
Kini disebabkan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan peminat-peminat ikan bakar, banyak restoran yang telah menyediakan menu tersebut untuk memudahkan peminat-peminat hidang tersebut untuk menikmatinya tanpa perlu bersusah payah berjalan jauh. UTUSAN ONLINE
Yudi Latief: Kekeluargaan Kunci Persatuan
JAKARTA, KOMPAS.com 1 Juni 2012–Direktur Eksekutif Reform Institute Yudi Latief mengatakan kekeluargaan menjadi kunci utama mempersatukan kemajemukan bangsa Indonesia.
“Politik kenegaraan yang secara tepat guna sanggup mempersatukan kemajemukan Indonesia adalah desain negara kekeluargaan,” kata Yudi Latief pada Konggres Pancasila di MPR Senayan, Kamis.
Konggres Pancasila mengambil tema “Revitalisasi empat pilar kehidupan berbangsa dan bernegara dalam memelihara ke Indonesian kita” akan berlangsung selama dua hari.
Dengan demikian semangat kekeluargaan merupakan cetakan dasar dan karakter ideal keIndonesiaan, Ia bukan saja dasar statis yang mempersatukan, melainkan juga dasar dinamis yang menuntun ke arah mana bangsa ini berjalan. KOMPAS ONLINE
Pendam rindu keluarga
KUANTAN – Kerana gelora nafsu, seorang banduan dari Penjara Penor, di sini, terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anaknya.
Fesyen kanak-kanak ketika ini menjadi perniagaan serius kerana kebanyakan ibu bapa cukup teliti terhadap penampilan anak. Zara antara jenama yang tidak terkecuali hadir dengan rangkaian pakaian penuh gaya khusus untuk kanak-kanak.
Komen Terbaru