Untuk kita renung bersama

Benarkanlah saya memetik satu tulisan oleh Saudara Kaderi bin Kassim,  dari Jabatan Peguam Negara Malaysia, Sarawak,  untuk kita renung bersama.

“Kasih dan Pengorbanan Ibu Bapa

Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.

Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.  Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.   Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.

Usahlah,  janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.  Dia telah mengandungkan kita,  bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,  dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.   Dia melahirkan kita,  menyusukan kita, amat tinggi pengorbanannya.   Semasa kita kecil,  ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,   kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.   Dijaga dan dibelai,  pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan  “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.   Bapa kita telah membesarkan kita,  dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.   Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.  Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,  walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka. Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita. “

Disediakan oleh:
KADERI BIN KASSIM 

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

One Response to Untuk kita renung bersama

  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: