Apabila kita termenung

Masa bergerak begitu pantas.  Ini dapat benar dirasai sekarang.  Lihatlah,  rasanya baru sahaja lagi kita menyambut ketibaan tahun 2012.  Hari ini hanya beberapa hari sahaja lagi kita sudah sampai ke penghujungnya.

Dan dalam keadaan ini,  akan terlintaslah di fikiran kita rancangan-rancangan yang telah kita rancang untuk dilaksana dan diselesaikan dalam tahun 2012 ini.  Tetapi bagaimana kedudukan sebenarnya.  Berapa peratuskah dari rancangan itu dapat kita laksanakan dengan jayanya.  Akan menggaru kepalalah kita apabila memikirkan perkara ini.  Rupa-rupanya banyak yang belum dilaksanakan atau mula diaktifkan.  Rancangan tinggal rancangan.

Apakah agaknya rasa kita.  Saya percaya … tentu sekali kita merasa kesal kerana sudah banyak masa yang terbuang begitu sahaja.  Mulalah juga kita fikirkan apakah sebab-sebabnya keadaan begini berlaku.  Tetapi bak kata pepatah ‘time waits for no man’ atau lebih kurang maknyanya ‘waktu tidak menunggu sesiapa juga pun’.  Lagi pun yang berlalu tetap telah berlalu.  Kita tidak mempunyai kuasa untuk .’memusing balik’ waktu.  Jadi apa yang harus kita lakukan.

Sambil kita memikirkan jawapan kepada soalan itu,  cuba kita lihat pula keadaan sekeliling kita.  Kita ambil sekitaran terdekat … maksud saya kita lihat apa yang berlaku dalam masa setahun ini kepada tiap ahli keluarga.

Yang pasti,  kita sudah bertambah umur setahun lagi.  Maknanya kita sudah menjadi ‘tua’ atau termasuk dalam golongan ‘warga emas’.  Kita lihat pula anak-anak kita.  Mereka pun sudah bertambah umur masing-masing.  Sudah kelihatan perubahan fizikal dan emosi mereka secara ketara.  Dan bersama dengan perubahan ini,  timbullah perubahan pada watak dan sikap mereka … terutama sekali kalau kita ini tergolong dalam gologan ‘orang tua’, ‘orang pencen’,  ‘orang tidak berupaya’  dan sebagainya.

Kita tentu sekali akan termenung memikirkan ini semua.  Tambahan pula kalau kita sudah bersara dan tidak lagi ‘menjalankan tugas’ apa-apa .. dan tidak pula mempunyai pendapatan yang lumayan.

Kalau dahulu,  semasa kita masih muda dan jika bertugas dengan sector awam atau swasta mempunyai kedudukan yang menghasilkan pendapatan yang lumayan,  sudah sememangnyalah kita disanjung dan ditatang seperti minyak yang panas.  Kerana kita masih berkemampuan dan berupaya.  Hari ini bagaimana.

Sudah tentulah kita akan terus termenung .. tambahan pula jika kita tidak lagi menerima lawatan atau kunjungan dari mereka yang kita sayangi saperti dahulu.

Kita termenung kerana tiba-tiba kita merasakan bahawa dunia yang berbilion umat manusia menghuninya menjadi sunyi,  sepi dan lengang.

Bila kita termenung,  pelbagailah perasaan yang negatif muncul di hadapan kita.  Apa yang perlu kita lakukan?   Pada pandangan saya,  yang terbaik kita lakukan sekarang ialah menjaga, memelihara dan menyayangi diri kita sendiri,  menyediakan diri sebaik dan selengkapnya untuk menghadapi masa yang akan datang.

Lagi pun bila tiba masanya kita akan keseorangan juga akhirnya.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

One Response to Apabila kita termenung

  1. This paragraph is genuinely a good one it assists new internet users, who are wishing for
    blogging.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: