Untuk kita renung bersama

Benarkanlah saya memetik satu tulisan oleh Saudara Kaderi bin Kassim,  dari Jabatan Peguam Negara Malaysia, Sarawak,  untuk kita renung bersama.

“Kasih dan Pengorbanan Ibu Bapa

Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.

Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.  Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.   Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.

Usahlah,  janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.  Dia telah mengandungkan kita,  bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,  dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.   Dia melahirkan kita,  menyusukan kita, amat tinggi pengorbanannya.   Semasa kita kecil,  ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,   kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.   Dijaga dan dibelai,  pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan  “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.   Bapa kita telah membesarkan kita,  dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.   Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.  Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,  walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka. Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita. “

Disediakan oleh:
KADERI BIN KASSIM 

‘Berbuat baik kepada orang tua’

Artikel berikut di petik dari Lamanweb Rasmi Pejabat Tanah Kemaman, Terengganu.    Kandungannya mempunyai maksud dan tujuan yang besar ertinya dalam soal perhubungan antara anak-anak dan orang tua.  Ianya dirasakan harus dijadikan panduan kepada kita.

Dalam dunia yang serba moden hari ini,  dengan wujudnya teknologi maklumat yang mendedahkan kita kepada banyak perkara, terutama  melalui saluran-saluran media dan komunikasinya,  banyak yang menarik perhatian kita.  Buruk baiknya pengaruh yang dibawakan kepada kita pada besarnya adalah terpulang kepada kita sendiri.

Kita yang boleh menentukannya.   Bacalah artikel ini,  dan mudah-mudahan banyak yang akan kita pelajari darinya.  Insya-Allah.

“Bersilaturrahim dan berbuat baik kepada orang tua merupakan ajaran yang menjadi ketetapan Kitabullah Al-Qur’an dan Al-Hadits. Allah Ta’alaberfirman:  “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya”. (Al-Isra’: 23)Wa Qadha Rabbuka berarti suatu perintah yang lazim tidak bisa ditawar-tawar lagi dan Alla Ta’budu Illa Iyahu berarti perintah ibadah yang bersifat individu.Allah menghubungkan beribadah kepada-Nya dengan berbuat baik kepada orang tua menunjukkan betapa mulianya kedudukan orang tua dan birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua) di sisi Allah.

Secara naluri orang tua dengan suka rela mau mengorbankan segala sesuatu untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya dan anak mendapatkan kenikmatan serta perlindungan sempurna dari kedua orang tuanya.

Seorang anak selalu merepotkan dan menyita perhatian orang tuanya dan tatkala menginjak masa tua mereka pun tetap berbahagia dengan keadaan putra-putrinya, akan tetapi betapa cepat seorang anak melalai-kan semua jasa-jasa orang tuanya, hanya disibukkan dengan isteri dan anak sehingga para bapak tidak perlu lagi menasihati anak-anaknya hanya saja seorang anak harus diingatkan dan digugah perasaannya atas kewajib-an mereka terhadap orang tuanya yang sepanjang umurnya dengan berbagai kesulitan dihabiskan untuk mereka serta mengorbankan segala yang ada demi kesenangan dan kebahagiaan mereka hingga datang masa lelah dan letih.”

Klik di sini untuk membaca artikel ini selengkapnya.

KESUNYIAN DIMASA USIAMAS MU…….

Topik atau isu ini selalu menjadi pengalaman kita yang sudah berumur… yang sudah termasuk dalam golongan warga emas atau generasi tua.   Ini tidak boleh kita elakkan.    Berikut ini saya paparkan satu ‘rasa hati’ seorang insan yang sedang mengalami keadaan dan situasi ini.

“Topik ini selalunya sinonim dengan kita yang dalam peringkat usiamas dan terutama sekali jika kita tinggal bersendirian dan anak anak sudah dewasa dan punya keluarga mereka sendiri.

Aku ketika ini memang kesaorangan satelah berpisah dengan teman hidup yang telah berkongsi hidup selama hampir empat puluh tahun……

Ketika aku menulis artikal ini aku baru saja menghantar anak menantu ku ka KL Sentral kerana mereka hendak bercuti ke Bangkok selama beberapa hari mengambil kesempatan cuti hari Malaysia hujung minggu ini. Semalam saorang lagi anak dan menantu ku telah berlepas ke Jakarta untuk bertugas dan mungkin juga bercuti. Pda hari Isnin ini pula anak bongsu ku akan meninggalkan aku untok menghadiri seminar dan bercuti di Eropah selamahampir dua minggu pula.

Maka tinggallah aku sendirian dan kadang2 di temani cucu cucu sahingga mereka pula memulakan persekolahan satelah bercuti kerana pepereksaan UPSR. Malan tadi aku menemani mereka dirumah mereka dan petang ini aku akan bawa mereka balik kerumah ku sahingga petang Isnin ini .

Menyentuh subjek KESUNYIAN ini aku teringat semasa aku berkhidmat dalam perkhidmatan awam dulu dan memegang jawatan Ketua Jabatan aku telah melatih diri untuk tidak bergantung pada orang lain untuk mengelak dari berasa sunyi. Aku masih teringat tatkala bertugas sebagai KP Bahagian Undang Undang JPM aku sering makan tengahhari saorang diri samaada di kantin atau makan saja di bilik ku . Aku sering dikritik olih pegawai2 dan kakitangan ku yang mengatakan aku saorang yang anti sosial. Aku sedar sebagai KP lazimnya bila waktu makan tengah hari KP akan diiringi olih sekumpulan pegawai2 dan kakitangan untuk makan bersama.

Aku punya prinsip sendiri tentang hal ini dan ia berlandaskan pendirian yang tidak mahu mengujudkan satu kumpulan exclusive dan juga membazir masa. Msa akan dijimatkan bila makan saorang diri dan akan lebih jimat lagi bila makan dalam bilik bersendirian. Pegangan inilah yang menjadikan aku berani tinggal di hotel2 besar dan kecil semasa aku bertugas sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selama lima tahun setelah bersara.Aku akan sarapan pagi dan makan tengahhari dan malam di coffee house hotel tanpa ada sesiapa yang menemani walaupun semasa bertugas dalam bulan Ramadhan.

Dengan latihan saperti itulah aku tidak pernah merasa kesaorangan atau sunyi dalam hidup ku syukur alhamdulilah. Semasa aku mula2 berpisah dari dia cucu ku yang baru berumur enam tahun pernah bertanya samaada aku SUNYI tidak kerana atuk sudah tidak tinggal bersama aku dengan tenang menjawap TIDAK kerana aku ada cucu kesayangan ku dan yang lebih penting lagi kata ku padanya SITI (AKU) ADA ALLAH swt. Cucu ku nampak sangat gembira tatkala mendengar jawapan ku yang spontan.”

Sila klik di sini untuk membaca coretan ini sepenuhnya.

Apabila kita termenung

Masa bergerak begitu pantas.  Ini dapat benar dirasai sekarang.  Lihatlah,  rasanya baru sahaja lagi kita menyambut ketibaan tahun 2012.  Hari ini hanya beberapa hari sahaja lagi kita sudah sampai ke penghujungnya.

Dan dalam keadaan ini,  akan terlintaslah di fikiran kita rancangan-rancangan yang telah kita rancang untuk dilaksana dan diselesaikan dalam tahun 2012 ini.  Tetapi bagaimana kedudukan sebenarnya.  Berapa peratuskah dari rancangan itu dapat kita laksanakan dengan jayanya.  Akan menggaru kepalalah kita apabila memikirkan perkara ini.  Rupa-rupanya banyak yang belum dilaksanakan atau mula diaktifkan.  Rancangan tinggal rancangan.

Apakah agaknya rasa kita.  Saya percaya … tentu sekali kita merasa kesal kerana sudah banyak masa yang terbuang begitu sahaja.  Mulalah juga kita fikirkan apakah sebab-sebabnya keadaan begini berlaku.  Tetapi bak kata pepatah ‘time waits for no man’ atau lebih kurang maknyanya ‘waktu tidak menunggu sesiapa juga pun’.  Lagi pun yang berlalu tetap telah berlalu.  Kita tidak mempunyai kuasa untuk .’memusing balik’ waktu.  Jadi apa yang harus kita lakukan.

Sambil kita memikirkan jawapan kepada soalan itu,  cuba kita lihat pula keadaan sekeliling kita.  Kita ambil sekitaran terdekat … maksud saya kita lihat apa yang berlaku dalam masa setahun ini kepada tiap ahli keluarga.

Yang pasti,  kita sudah bertambah umur setahun lagi.  Maknanya kita sudah menjadi ‘tua’ atau termasuk dalam golongan ‘warga emas’.  Kita lihat pula anak-anak kita.  Mereka pun sudah bertambah umur masing-masing.  Sudah kelihatan perubahan fizikal dan emosi mereka secara ketara.  Dan bersama dengan perubahan ini,  timbullah perubahan pada watak dan sikap mereka … terutama sekali kalau kita ini tergolong dalam gologan ‘orang tua’, ‘orang pencen’,  ‘orang tidak berupaya’  dan sebagainya.

Kita tentu sekali akan termenung memikirkan ini semua.  Tambahan pula kalau kita sudah bersara dan tidak lagi ‘menjalankan tugas’ apa-apa .. dan tidak pula mempunyai pendapatan yang lumayan.

Kalau dahulu,  semasa kita masih muda dan jika bertugas dengan sector awam atau swasta mempunyai kedudukan yang menghasilkan pendapatan yang lumayan,  sudah sememangnyalah kita disanjung dan ditatang seperti minyak yang panas.  Kerana kita masih berkemampuan dan berupaya.  Hari ini bagaimana.

Sudah tentulah kita akan terus termenung .. tambahan pula jika kita tidak lagi menerima lawatan atau kunjungan dari mereka yang kita sayangi saperti dahulu.

Kita termenung kerana tiba-tiba kita merasakan bahawa dunia yang berbilion umat manusia menghuninya menjadi sunyi,  sepi dan lengang.

Bila kita termenung,  pelbagailah perasaan yang negatif muncul di hadapan kita.  Apa yang perlu kita lakukan?   Pada pandangan saya,  yang terbaik kita lakukan sekarang ialah menjaga, memelihara dan menyayangi diri kita sendiri,  menyediakan diri sebaik dan selengkapnya untuk menghadapi masa yang akan datang.

Lagi pun bila tiba masanya kita akan keseorangan juga akhirnya.