Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Semua kita akan mengucapkan ‘Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin’  kepada siapa juga yang kita temui dan bersalaman pada hari raya Aidilfitri nanti.  Dengan senyum simpul,  ucapan ini disampaikan.

Tetapi tahukah kita apa yang menyebabkan ucapan ini kita lafazkan.  Mungkin kepada kanak-kanak ia merupakan ucapan yang akan menghasilkan ‘duit raya’ dari yang ditemui.  Kepada yang lebih besar,  ia merupakan pembuka kata untuk berbicara lebih lanjut dengan orang yang kita sampaikan ucapan itu.  Kepada kita yang mempunyai ibu dan ayah,  ia merupakan satu ungkapan yang penuh dengan erti … terutama sekali apabila sudah lama tidak bersua dengan mereka,  atau sudah lama tidak bertegur sapa kerana sebab-sebab tertentu.

Pendek kata,  ucapan ‘Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir Batin’  adalah kata-kata ajaib yang boleh digunakan untuk menghuraikan yang kusut,  membetulkan yang tidak betul,  dan menangguk rasa belas kesihan terhadap kesalahan yang telah dilakukan selama setahun yang lalu.

Kita perhatikan suasana pagi hari raya satu keluarga.  Ibu dan ayah duduk di atas kerusi menunggu anak-anak tiba ke rumah mereka … sama ada yang tinggal jauh di perantauan atau yang menginap di sebelah rumah.  Dengan senyum diiringi ketawa, mereka menunggu dan menerima kedatangan ahli keluarga.  Ada di antara yang datang itu,  mencium dan memeluk mesra ibu dan ayah … diiringi dengan kata-kata yang dihuraikan bersama titisan air mata.  Dan ada pula yang datang dengan penuh keceriaan dan kegembiraan menemui orang tua mereka.  Ada yang datang membawa bersamanya buah tangan … kuih muih dan sebagainya.  Pendek kata,  suasana ketika itu penuh erti kepada semua.

Sesudah itu mereka pun menjamu selera dengan juadah yang disiap dan disediakan oleh orang tua mereka.  Kemudian,  mereka ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Suasana inilah yang biasa kita saksikan.

Akan tetapi adakah suasana seperti ini terdapat di kalangan keluarga-keluarga yang lain,  terutama sekali keluarga-keluarga yang serba kekurangan dalam hidup mereka.  Mungkin ianya wujud,  tetapi ia merupakan aktiviti yang lebih bercorak ‘simbolik’ semata-mata.   Dan suasana pada keluarga-keluarga seperti inilah yang membawa erti yang lebih besar dan lebih bermakna,  dari aspek kekeluargaan.  Maksudnya,  tanpa mengira harta kekayaan, pangkat dan kedudukan,  ibu dan ayah tetap dikunjungi pada hari-hari mulia seperti ini.  Di sinilah dapat kita lihat betapa ikatan kekeluargaan itu mengatasi segala-galanya.

Dalam dunia di era yang serba moden hari ini,  kadang kala ikatan kekeluargaan itu lebih mengutamakan kemampuan dan kebolehan ibu dan ayah memberi sumbangan kepada kehidupan ahli keluarga.  Tak ada sumbangan,  maka tidak adalah suasana seperti yang dimesti dan diwajibkan di kalangan ahli keluarga.

Apa pun,  kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ‘Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir Batin’ kepada semua.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: