Maka ramailah yang akan balik kampong

Tidak lama lagi … kira-kira 10 hari lagi … rumah yang selama ini sunyi di kampong akan riuh rendahlah suasananya.  Banyaklah aktiviti dilaksanakan … membersihkan laman,  mengemaskan rumah,  mengganti alatan yang perlu diganti,  menyediakan menu atau hidangan yang hendak disediakan … dan banyak lagi.

Jika selama ini kerja-kerja ini dilaksanakan oleh dua atau tiga orang tua,  maka kali ini sudah bertambah … sudah kelihatan kanak-kanak berlarian ke sana kemari … sudah kelihatan orang-orang dewasa masing-masing dengan habuan tugasnya … dan yang remaja dengan kerenah mereka masing-masing.

Suasana inilah yang dinanti-nanti oleh dua orang tua yang selama ini berada di rumah … dua orang tua ini ialah ibu dan ayah dalam keluarga ini.

Sebab kesibukan ini hanyalah satu.  Tiap tahun beginilah keadaannya.  Beberapa hari menjelang hari raya mulalah sanak saudara atau ahli keluarga yang tinggal di bandar pulang untuk menjenguk ibu dan ayah di kampong.  Satu aktiviti yang mulia, dan yang masih kekal peranannya dalam hubungan kekeluargaan.

Kira-kira sepuluh hari lagi,  kita akan menyambut ketibaan Aidilfitri.  Memang banyak yang perlu dilaksanakan untuk menentukan bahawa yang akan tiba itu akan selesa dan ceria keadaan mereka semasa berada di suasana desa.

Rasanya,  keadaan ini sudah menjadi rutin kepada keluarga di Negara ini.  Hari ini ramai yang berhijrah kebandar untuk mencari rezeki di sana.  Dan bila terdapat peluang maka tanpa menunggu apa-apa lagi,  mereka pun pulang untuk mendakap suasana keluarga … ibu dan ayah … di kampong.

Aidilfitri disambut setahun sekali.  Kepada kebanyakan kita umat Islam,  hari ini banyak ertinya.  Hari ini merupakan permulaan satu lagi era dalam kehidupan kita … terutama dalam konteks kekeluargaan.  Pada hari ini ampun dan maaf menjadi ‘order of the day’ …. Memohon ampun atas segala kesilapan sepanjang setahun yang lalu .. memohon maaf atas segala kekurangan dalam perhubungan antara anggota keluarga.  Memang besar ertinya.

Sudah menjadi lumrah kehidupan kita,  pada hari ini … pada hari mulia Aidilfitri … kita mengangkat janji semoga apa yang buruk diketepi dan ditinggalkan,   dan yang baik dijadikan obor memberi cahaya kepada kita melalui zaman-zaman mendatang.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: