Lagi mengenai tanggungjawab terhadap warga tua

Kisah berikut dipaparkan di dalam lamanweb Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.  Tajuk paparan ialah “Menjaga Wara Emas Tanggungjawab Semua Pihak”.  Berita ini telah disiarkan pada 8 Januari 2011.

Dipetik di sini sebahagian dari artikel ini.

“Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu – ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham makna yang tersirat di dalamnya.

Kalau semua anak-anak memahami sudah pasti tidak timbul fenomena ibu bapa diabaikan dengan meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja rumah-rumah kebajikan.

Biarpun dikatakan belum berada pada tahap serius ia sedikit sebanyak telah mendorong pertimbangan kerajaan untuk kemungkinan memperkenalkan akta khas mewajibkan anak-anak menanggung kos sara hidup orang tua mereka.

Hal ini disuarakan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lama dulu.

Mungkinkah tanggungjawab menjaga dan menyara ibu bapa yang yang sepatutnya dilakukan secara senang hati oleh anak-anak akan dilihat menjadi satu paksaan melalui kewujudan akta itu sehingga melenyapkan nilai-nilai keikhlasan.”

Sila klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya.

Kita akan ikuti perkembangan-perkembangan yang berikutnya melalui blog FAMILI BAHAGIA ini.   Dan sekiranya saudara mempunyai artikel, kisah atau cerita berkaitan dengan topik ini,   silalah kemukakan kepada kami melalui alamat emel kami:   epcteknologi@gmail.com.   Terima kasih.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: