Jauh di mata dekat di hati

Pepatah Inggeris ada menyatakan  ‘Absence makes the heart grow fonder’.   Pepatah Melayu yang mempunyai maksud yang sama berbunyi  ‘Jauh di mata dekat di hati’.  Bagaimana kita memberi maksud  kepada kedua-dua pepatah ini bergantung kepada kita sendiri.

Kepada kebanyakan kita bila berjauhan itu,  sudah sememangnyalah ia membawa rasa rindu … rasa kehilangan … dan rasa resah gelisah.  Kita rindu kepada yang tiada bersama kita.  Kita terasa kehilangan kepada yang jauh dan yang sudah lama tidak bersua muka dan bertukar kata.  Dan terasa resah apabila tiada mendapat khabar berita dari yang tiada bersama kita.

Keadaan inilah agaknya yang menyebabkan ‘dicipta’ satu suasana yang membolehkan terkumpulnya insan yang terlibat.  Dan suasana ini diwujudkan bila tiba hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidadha.  Inilah yang membawa erti yang besar kepada kedua hari mulia ini.

Hari Raya Aidilfitri baru saja berlalu.  Sejak yang kita lalui tahun lalu,  selama setahun baru kita sambut ketibaannya semula.  Tiap seorang dari kita,  mempunyai tafsiran tersendiri mengenai hari penuh hikmah ini.  Ada di antara kita menunggu kedatanganya untuk menjadikannya sebagai detik permulaan bagi azam hidup yang baru,  yang mempunyai lebih makna kepada kita.

Ada pula di antara kita,  menunggu ketibaan hari ini,  untuk kita jadikan sebagai hari  berkumpul nya semua kaum keluarga.  Atau hari untuk kita membaharui dan mengikukuhkan lagi tali persaudaraan kita sesama anggota keluarga.

Apa pun Hari Raya Aidilfitri besar maknanya kepada kita.  Yang jauh didekatkan,  dan yang renggang dirapatkan.  Cara ini dapatlah diperkukuh dan diperkasakan institusi kekeluargaan yang selama ini kita pelihara.

Dalam masa setahun,  banyak perkara boleh berlaku.  Banyak juga kata-kata yang dilafazkan,  dikeluarkan,  dihemburkan  dan  diperdengarkan.  Ini terlaksana secara spontan,  atau tidak disengajakan  atau sengaja disebutkan.  Tiap perbuatan ini mempunyai akibatnya masing-masing.  Ada yang baik dan ada pula yang buruknya.  .Maka itulah sebabnya,  perhimpunan keluarga amat digalakkan,  yang tujuan utamanya untuk meleraikan yang kusut,  membetulkan yang tidak betul,  merapatkan yang renggang,  dan menyatupadukan anggota keluarga supaya dapat sama-sama mengharungi hidup ke masa hadapan dengan lebih sejahtera,  cemerlang,  berpadu dan penuh persefahaman lagi.

Jikalau anggota keluarga itu sudah hampir 7 tahun tidak bersua muka,  maka sudah tentulah perjumpaan seperti ini membawa faedah dan manfaat yang amat besar kepada mereka.  Akan dapatlah diwujudkan satu keluarga yang berpadu, bersefahaman dan yang sanggup berjuang mencapai cita-cita murni yang dijadikan matalamat hidupnya.

Aliff.com … the site belonging to my youngest son

Who would think a boy of 11 has his own website.  He planned it,  be built it  and he put it up on the Internet.  All on his own.  He started getting interested about 3 years ago.  At first his contents are things about himself .. what he does and the things he would like to do.  He would write about his cats,  members of his family,  the places he visited,  about his school … and many more.   Then he went further … he created an online club  –  CLUB ALIFF RAMLY.  The response is very good.  He would get e-mails from different parts of the world … from people of all ages.

He is very happy about this.

But he is most interested in designing cars.  He would spend hours and hours in front of the computer … designing cars  … his own kind of cars.  He has a gallery of drawings on his site.  He is also good at designing houses.  Just tell him the main features of the house,  and in a few moments he would come up with a design comparable only to the professional designers and architects.

Today he has another interest .. that is as far as Internet surfing is concerned.  He said he would use the Internet to look for knowledge.  He wants to learn about so many things … things which are not taught in the class rooms.  He is good at it.

Well,  that is about Aliff … the youngest member of our family.   And the URL of his site:   aliff.yolasite.com

Hari ini … 1 Syawal

Dan tibalah fajar yang membawa bersamanya 1 Syawal … hari mulia dan bahagia … hari yang menandakan kemenangan kita  menentang,  selama sebulan,  segala yang bertentangan dengan ajaran agama suci Islam.   1 Syawal  … juga bermakna munculnya hari lebaran Aidilfitri … dan bermulalah satu babak baru dalam kehidupan kita yang penuh ketaqwaan dan kesucian.

Aidilfitri membawa erti dan makna yang berbeza antara kita.  Kepada anak-anak ia merupakan satu hari untuk bersukaria,  memakai baju baru, menikmati hidangan yang enak  dan  menerima duit raya.   Kepada yang sudah remaja,  hari ini lebih merupakan hari untuk menyambung semula hubungan silaturrahim yang mungkin telah terputus.  Mungkin hari ini juga membawa satu azam baru dalam menghadapi dunia persekolahan.  Dan kepada yang dewasa pula,  ketibaan hari berkat ini lebih besar ertinya terutama dalam memandu diri menjalani hidup yang lebih mencabar di hari muka.

Aidilfitri.

Akan tetapi dalam institusi kekeluargaan pula,  Aidilfitri adalah segala-galanya.  Ia dapat merapatkan hubungan anggota keluarga.  Ia dapat menyelesaikan masalah yang mungkin timbul sepanjang setahun yang lalu.  Ia juga dapat dijadikan sebagai pemangkin yang boleh mencetus keazaman dan kesediaan menghadapi sebarang cabaran di masa mendatang.

Sememangnyalah  Aidilfitri merupakan satu hari keramat yang boleh membetulkan yang kusut,  merapat dan mengukuhkan perhubungan antara insan,  dan menjadi satu hari yang seharusnya dapat mencetuskan idea baru untuk menghadapi kehidupan masa depan.

Itulah Aidilfitri,  dan hari ini kita sambut ketibaannya.

1 SYAWAL DAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Kalau tidak esok,  lusa  – kita akan menyambut 1 Syawal,  hari raya Aidilfitri … yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di mana juga mereka berada di bumi Allah yang maha luas ini.   Hari ini,  mempunyai banyak erti kepada kita … bukan sahaja ia merupakan hari kemenangan kita memperjuang dan menentang kegiatan atau perbuatan yang dilarang oleh agama,  malah ia juga merupakan satu hari di waktu mana kita membuat tekad dan perjanjian baru dalam kehidupan kita  … terutama dalam hubungan kita semasa anggota keluarga.

Hingga kini,  kita selalu beranggapan bahawa perhubungan ini tidak perlu diheboh-hebohkan,  kerana ia sudah wujud.  Oleh kerana itulah maka kita mengambil sikap bahawa ia tidak perlu diberi tekanan lagi.  Pendek kata kita sentiasa mengambil sikap ‘taking things for granted’ dalam soal ini.

Perlu diingat,  dan berdasarkan kepada perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita,  akan kita dapati bahawa sistem kekeluargaan atau institusi kekeluargaan hari ini sudah tidak bermaya lagi untuk bertahan menentang tekanan-tekanan keadaan yang barlaku hari ini.  Ia hanya menunggu masa dan ketika untuk roboh dan runtuh.   Dan jika ini berlaku,  maka apa juga yang selama ini kita hargai,  tdai mempunyai makna apa-apa lagi.

Institusi keluarga atau sistem kekerluargaan adalah perkara yang menjadi akar umbi kepada keutuhan,  kekuatan  dan perpaduan masyarakat.  Kerana itulah apa yang berlaku kepada institusi kekeluargaan itu menjadi topic penting dalam kehidupan masyarakat.  Tidak salah kalau dikatakan bahawa bangun runtuhnya masyarakat dan bangsa itu,  bergantung kepada senario yang terdapat di kalangan anggota masyarakat itu sendiri.

Setakat ini,  kita menggunakan hari raya Aidilftiri sebagai satu sebab utama membawa kaum keluarga kita berbincang bersama,  makan bersama dan sebagainya.   Di mana juga di Negara ini,  bila tiba Aidilfitri maka ribuan manusia meninggalkan bandar-bandar untuk pulang ke desa menemui lain-lain anggota keluarga dan orang tua mereka.

Hikmatnya besar … begitu juga ertinya … dalam pergaulan kekeluargaan.   Aidilfitri dan anggota keluarga.

‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI’  ucapan dari kami.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Semua kita akan mengucapkan ‘Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin’  kepada siapa juga yang kita temui dan bersalaman pada hari raya Aidilfitri nanti.  Dengan senyum simpul,  ucapan ini disampaikan.

Tetapi tahukah kita apa yang menyebabkan ucapan ini kita lafazkan.  Mungkin kepada kanak-kanak ia merupakan ucapan yang akan menghasilkan ‘duit raya’ dari yang ditemui.  Kepada yang lebih besar,  ia merupakan pembuka kata untuk berbicara lebih lanjut dengan orang yang kita sampaikan ucapan itu.  Kepada kita yang mempunyai ibu dan ayah,  ia merupakan satu ungkapan yang penuh dengan erti … terutama sekali apabila sudah lama tidak bersua dengan mereka,  atau sudah lama tidak bertegur sapa kerana sebab-sebab tertentu.

Pendek kata,  ucapan ‘Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir Batin’  adalah kata-kata ajaib yang boleh digunakan untuk menghuraikan yang kusut,  membetulkan yang tidak betul,  dan menangguk rasa belas kesihan terhadap kesalahan yang telah dilakukan selama setahun yang lalu.

Kita perhatikan suasana pagi hari raya satu keluarga.  Ibu dan ayah duduk di atas kerusi menunggu anak-anak tiba ke rumah mereka … sama ada yang tinggal jauh di perantauan atau yang menginap di sebelah rumah.  Dengan senyum diiringi ketawa, mereka menunggu dan menerima kedatangan ahli keluarga.  Ada di antara yang datang itu,  mencium dan memeluk mesra ibu dan ayah … diiringi dengan kata-kata yang dihuraikan bersama titisan air mata.  Dan ada pula yang datang dengan penuh keceriaan dan kegembiraan menemui orang tua mereka.  Ada yang datang membawa bersamanya buah tangan … kuih muih dan sebagainya.  Pendek kata,  suasana ketika itu penuh erti kepada semua.

Sesudah itu mereka pun menjamu selera dengan juadah yang disiap dan disediakan oleh orang tua mereka.  Kemudian,  mereka ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Suasana inilah yang biasa kita saksikan.

Akan tetapi adakah suasana seperti ini terdapat di kalangan keluarga-keluarga yang lain,  terutama sekali keluarga-keluarga yang serba kekurangan dalam hidup mereka.  Mungkin ianya wujud,  tetapi ia merupakan aktiviti yang lebih bercorak ‘simbolik’ semata-mata.   Dan suasana pada keluarga-keluarga seperti inilah yang membawa erti yang lebih besar dan lebih bermakna,  dari aspek kekeluargaan.  Maksudnya,  tanpa mengira harta kekayaan, pangkat dan kedudukan,  ibu dan ayah tetap dikunjungi pada hari-hari mulia seperti ini.  Di sinilah dapat kita lihat betapa ikatan kekeluargaan itu mengatasi segala-galanya.

Dalam dunia di era yang serba moden hari ini,  kadang kala ikatan kekeluargaan itu lebih mengutamakan kemampuan dan kebolehan ibu dan ayah memberi sumbangan kepada kehidupan ahli keluarga.  Tak ada sumbangan,  maka tidak adalah suasana seperti yang dimesti dan diwajibkan di kalangan ahli keluarga.

Apa pun,  kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ‘Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir Batin’ kepada semua.