Tugas Ayah

Untuk renungan kita bersama dipaparkan artikel yang dipetik dari buku bertajuk ‘NASIHAT AGAMA  DAN WASIAT IMAN‘ oleh Imam Habib Abdullah Haddad.

‘Sang ayah mempunyai tugas dan kewajipan terhadap anak-anaknya;  iaitu harus mengurus segala hajat dan keperluan anak-anak selagi mereka memerlukannya.

Selain dari itu tugas ayah mesti mendidik anaknya,  mengurus segala urusan hidupnya,  membimbingnya kepada akhlak yang terpuji dan kelakuan yang baik serta perangai yang mulia,  di samping memelihara dan menjauhkan mereka dari perkara-perkara yang sebaliknya.

Tugas ayah yang lain,  ialah untuk memberi anak nama yang baik,  memilih isteri dari keturunan orang-orang yang berbudi-pekerti yang baik dan saleh,  supaya menjadi ibu yang diberkati kepada anaknya kelak.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Letakkanlah air seni kamu pada tempat yang sesuai,  kerana urat keturunan itu mempengaruhi.”  

Tugas ayah lagi,  hendaklah ia membahagi sama rata dalam pemberiannya kepada anak-anak.  Tidak boleh ia melebihkan seorang atas yang lain,  kerana pengaruh kasih-sayang ataupun mengikutkan kehendak hawanafsu sendiri.

Tugas yang teramat penting atas seorang ayah terhadap anak-anaknya,  ialah memperelok perangai dan pendidikan mereka supaya mereka sentiasa gemar berbuat baik,  mengenal tugas dan kewajipan, dan memuliakan semua perintah dan larangan agama,  di samping memperkecil urusan keduniaan dan melebih dan mengutamakan urusan keakhiratan.’

Sama-samalah kita renungkan.

Perihal Author
A retired government broadcast journalist and communications specialist still actively involved in activities pertaining to ICT and media,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: