Mengenai INSTITUSI KEKELUARGAAN

Di sini kami petik dari akhbar online BERITA HARIAN mengenai subjek INSTITUSI KEKELUARGAAN untuk faedah kita bersama.

Institusi keluarga tunjang kesempurnaan 
Oleh Jami’ah Shukri

Mekanisme lebih komprehensif perlu dirangka bagi wujudkan keluarga berdaya tahan 

INSTITUSI kekeluargaan adalah unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara. Sejak wujud zaman ketamadunan manusia pelbagai ranjau duri dilalui oleh sesebuah institusi keluarga mengikut arus perkembangan semasa.

Kini, membangunkan institusi keluarga yang kukuh menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi setiap negara di dunia. Perkembangan sains dan teknologi, globalisasi, peningkatan tahap pendidikan, transformasi struktur ekonomi dan penghijrahan dari luar bandar ke bandar sudah merubah struktur sosiobudaya masyarakat itu sendiri.

Daripada konsep keluarga luas kepada keluarga nuklear yang hanya ibu bapa dan anak tinggal bersama dalam sebuah keluarga, ia menunjukkan trend yang semakin berubah sehingga ramai keluarga terpaksa terdedah kepada risiko dan berisiko tinggi berhadapan pelbagai permasalahan sosial, pendidikan, kesihatan, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.  BERITA HARIAN ONLINE

Sila klik di sini untuk bacaan selanjutnya.

‘FAMILI BAHAGIA’ BERWAJAH BARU

Sudah agak lama lamanweb / blog ini tidak dikemaskini.  Sudah banyak pula  rasanya isu dan topik yang  ketinggalan.  Tak mengapa,  dan kepada pelawat yang setia kami memohon maaf. 

Sebenarnya,  dalam masa beberapa bulan yang lalu,  banyak perkara difikirkan dan juga dibincangkan dengan mereka yang pakar dalam perkara ‘kekeluargaan’ ini.  Jelas bahawa kekeluargaan memainkan peranan yang maha penting dalam usaha membangun dan memajukan satu-satu bangsa itu. Tambahan pula apabila diambil kira senario kekeluargaan  atau  lebih tepat institusi keluarga hari ini.   Ada yang berpendapat bahawa institusi ini sudah rapuh,  dan menunggu masa untuk roboh dan berkecai.  Ada pula yang berkata bahawa punca wujudnya suasana ini ialah kerana kurangnya prihatin atau kesedaran di kalangan kita,  terutama yang mempunyai keluarga terhadap peranan dan tanggungjawab kita sebagai ahlinya.  Dan ada pula yang beranggapan bahawa oleh kerana kita semua sebuk mengejar keistimewaan hidup,  kesejahteraan hidup dan kemewahan hidup,  maka peranan kita dalam keluarga sudah agak dipinggirkan.  Kekeluargaan sudah turun kepada tahap yang kurang penting.

Inilah antara beberapa sebab,  maka kami sedang mencuba untuk memuatkan bahan-bahan yang lebih sesuai dan relevan kepada isu-isu atau pandangan dan pendapat mengenai ‘masalah’ kekeluargaan hari ini.

Untuk tujuan ini,  mulai hari ini,  kami akan sertakan di dalam lamanweb/blog ini beberapa laman atau ruang seperti berikut:

  • KELUARGA BERJAYA
  • BERITA KEKELUARGAAN SERANTAU
  • TIP KEKELUARGAAN
  • TIP BELANJAWAN
  • JADUAL PERCUTIAN

Bahan-bahan ini kami akan dapatkan dari sumber dalaman iaitu dari pengalaman kami sendiri,  dari sumber dalam negara  dan  juga dari sumber luar negara.   Mudah-mudahan dengan pendekatan yang akan kami utarakan ini,  dapatlah kita memahami hal famili atau kekeluargaan ini secara lebih mendalam dan lebih luas lagi.  Dapatlah juga kita sama-sama berfikir apakah pengalaman kita sendiri dalam senario kekeluargaan ini.

Kami berharap juga,  sumbangan dari saudara adalam aman penting,  tambahan pula kerana saudara juga menjadi salah seorang dari anggota keluarga.

Sama-samalah kita berusaha untuk memperkukuh,  memperkemas,  memperkasakan keluarga dan kekeluargaan demi kesejahteraan dan kebahgiaan kita, masyarakat dan bangsa  ….  di masa mendatang. 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.